Posts

Annual Continuous Training (ACT) Senior Midshipmen : Fasa 6 2018

5 Feb 2018 Perasaan kami sepanjang perjalanan menuju ke KDSI 1, masih teruja walaupun ini buka kali pertama kami menjalani latihan di sana. Pelbagai jangkaan dan andaian tentang modul dan jadual latihan unuk latihan sepanjang berada di sana nanti. Sebaik habis urusan ke bilik penginapan masing-masing; bangunan Wisma Suria, kami menjalani sesi latihan biasa iaitu ‘Evening Activity’ di stadium sukan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Latihan itu biasa, tetapi diluarbiasakan dengan latihan  bersama-sama anggota dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang lebih menguji ketahanan fizikal dan mental. 6 Feb 2018 Penggunaan rutin alpha di sini memaksa setiap dari kami untuk lebih menepati masa dan percepatkan pergerakan dalam setiap aktiviti. Kami dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke Depot Peluru dan Bahan Letupan (NAED) dan Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR) yang bertempat di pangkalan TLDM.  NAED yang mula ditubuhkan pada 10 Jun 1980 di Kem Majidae Johor Bahru berpe

Perbarisan Pegawai Memerintah

Image
Perbarisan Pegawai Memerintah atau dikenali sebagai CO (Commanding Officer) Parade telah diadakan pada 20 November 2016 bertempat di KD Sri Klang. Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dianggotai oleh empat buah kompeni iaitu kompeni Alpha yang terdiri daripada kalangan Pegawai-Pegawai PSSTLDM, kompeni Bravo yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Malaya, kompeni Charlie yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Teknologi Mara dan kompeni Delta yang diwakili oleh Pegawai Dalam Latihan (PDL) daripada Universiti Putra Malaysia. Upacara Perbarisan Pegawai Memerintah pada kali ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kepten Prof Madya Dr. Jamalunlaili bin Abdullah PSSTLDM diiringi oleh Pegawai Laksana KD Sri Klang, Komander Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM.

Navy Welcoming Dinner Sesi 2016/2017

Image
Majlis Navy Welcoming Dinner merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan kemasukan pegawai kadet baru dalam PALAPES (Laut) UPM. Pegawai kadet yang diraikan pada tahun ini adalah terdiri daripada pegawai kadet ambilan 13. Majlis ini telah berlangsung pada 5 November 2016 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM. Majlis bermula tepat jam 2020H dan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi PALAPES (Laut) UPM, LT Mohd Syahiruddin Bin Hamsin TLDM. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis berlangsung termasuklah makan berhidang, persembahan pegawai kadet dari setiap peringkat dan perasmian unit media sosial ROTU Navy UPM. Majlis penyampaian hadiah bagi Division Sports turut diadakan pada malam tersebut. Ucapan dan perasmian LT Mohd Syahiruddin bin Hamsin TLDM Antara persembahan semasa Majlis Navy Welcoming Dinner sesi 2016/2017 Makan berhidang Majlis penyampaian hadiah bagi acara Division Sports

Division Sports

Image
Buat julung kalinya, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti  Division Sports pada 3 dan 4 November 2016 . Aktiviti Division Sports ini merupakan acara sukan yang melibatkan semua anggota PALAPES Laut yang telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Thana Alpha, Thana Bravo, Zain Alpha dan Zain Bravo. Aktiviti Division Sports ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan Pegawai dalam Latihan di samping mengeratkan hubungan antara semua anggota PALAPES Laut.  Antara acara yang telah dipertandingkan termasuklah futsal, bola tampar, bola jaring, renang dan larian marathon. Kesemua acara yang dipertandingkan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Divisyen yang telah dinobatkan sebagai juara pertandingan adalah divisyen Thana Alpha. Acara futsal kategori wanita Acara futsal kategori lelaki Acara bola tampar kategori wanita

Upacara Kawad Konvo Sesi 2016/2017

Image
Upacara kawad konvo telah diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-40 Universiti Putra Malaysia.Upacara ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2016, bersamaan dengan tarikh permulaan Majlis Konvokesyen ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Upacara kawad konvo ini melibatkan anggota PALAPES (Darat) dan PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia. Kekuatan anggota PALAPES yang terlibat dalam upacara ini adalah seramai 98 pegawai dalam latihan serta 2 pegawai muda. Upacara kawad konvo ini telah dirasmikan dengan pemeriksaan barisan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar kenangan bagi semua anggota yang terlibat dalam  Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 Upacara Kawad Konvo sesi 2016/2017 dirasmikan dengan pemeriksaan barisan  oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kawad Buka Sesi 2016/2017

Image
Pada tarikh 16 Oktober 2016, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan upacara kawad buka sesi. Upacara kawad buka sesi pada kali ini telah diadakan di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia. Upacara ini merupakan acara tahunan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Oleh yang demikian, upacara kawad buka sesi ini melibatkan kedua-dua Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dan Laut. Para pegawai dalam latihan telah dibahagikan kepada empat divisyen iaitu Wira, Sakti, Laksamana dan Kasatria. 

Program Tanam Pokok Anjuran UPM

Image
Pada tarikh 8 Oktober 2016, pihak Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti tanam pokok di sekitar kawasan kampus. Aktiviti ini kebiasaannya disertai di bawah pengawasan pihak kolej dan fakulti. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, para pegawai PALAPES (Laut) Universiti Putra Malaysia turut mengambil inisiatif untuk menyertai aktiviti ini bagi menunjukkan rasa cinta terhadap alam sekitar di samping memberi sokongan kepada pihak universiti atas program yang dilaksanakan. Aktiviti ini diadakan pada setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengekalkan tumbuh-tumbuhan hijau di muka bumi.  Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan antara pegawai dalam latihan. Aktiviti menanam pokok.